UPDATE

i'm not beautiful like you. i'm beautiful like me.
Ya Allah. If I am to fall in love, let me touch the heart of someone whose heart is attached to you.” Aameen

Search This Blog

Jun 20, 2012

movie preview: hatiku di kinabalu.


Salam.

Setelah lama dan jarangg giiilleerrr update blog, aku terus post entri pasal movie preview. haha. Sorry guys. Mood nak menaip dan mengomel masih tercari-cari.

Movie ni aku rasa tak ramai yg dah tengok. Maybe kalau tengok pun siapa yg duduk rumah, ada tv dan astro segala. Aku dapat tengok ni pun sebab roomate yg promote. Dia download la kot.

To be honest, ini cerita melayu pertama bergenre cinta yg aku menangis. Gilerrr laahhh. Haniza menangis! pffft! Bajet nak tahan. Tapi meleleh jugak. Memang-tersangat-tak-boleh-blahh!!

Aku takkan cerita sipnosis, sebab tak surprise lah nanti kan? So pada siapa yg dah rasa tertarik, silalah tonton. Wa cakap lu, memang sedih! Tapi tapi tapi... Cerita ni jugak tersangatlah suuuwwweetttt masa awal-awal. So very nice! Aku gelak dan sengih-sengih kottt. haha!

Moral lessons yg terwujud (dimana aku berspekulasi sendiri) dalam cerita ni, ngehh~~
  1. Lelaki memang susah nak setia kot even mulut dan hatinya konon kata isteri dia tu cinta pertama dan cinta terakhir dia. demmm. (berdasarkan cerita ni, err.. tak boleh salahkan sangat lelaki tu kahwin lain.. wuuu~ entahlah. tak ada experienced nak komen lebih-lebih)
  2. Rasa sayang, cinta pada ibu perlulah sentiasa diterapkan dan diingatkan pada anak supaya kemudian hari, anak takkan bertanya kenapa situasi sebegitu terjadi. (aku tak reti nak buat ayat bagi korang paham. haihh)
  3. Janji yg dilafaz haruslah ditepati.
  4. Dalam sekelip mata, terlerai semua ketentuan masa. (tiru ayat movie semula)
err.. Banyak lagi sebenarnya. Tapi 4 tu la kot yg paling penting. Sipnosis cerita dah terbayang-bayang sikit kan? So, jangan terlalu cepat menghakimi, Tonton dulu.

Ending memang sangat tak best. Tapi aku sokong dia buat ending cenggituuuu. Kenapa? hukhuk.. Tengok sendiri kalau nak tahu kenapa. 


cover movie.
tengok gambar, dah tahu siapa pelakon kan?



budak-budak nakal ngorat awek

bunga-bunga cinta berputik.
tinggi-tinggi gunung kinabalu,
 tinggi lagi sayang sama kamu,
biru-biru hujung kinabalu,
tengok dari jauh hati saya rindu~~
anuar (lakonan zul) belajar nyanyi lagu kebudayaan sabah dari qistina (lakonan yana)
*lakonan yg santai tapi sangat cuuttteee.


selepas scene diorang ketawa2,
anuar: I love you.. (hela nafas panjang selepas ucap. nebes woo~)
qistina: apa kau cakap tadi? (cakap dalam slang sabah sambil tunjuk berkerut sebab tak dengar anuar cakap apa)
zul: tak.. tak. saya cakap nice view. #controlmacho
qistina: ohh.. nice view. #ignored sebab memang tak dengar
hahaha!
*scene paling sweet kot bagi aku. 


dah start bercinta.
*untungalaa budak2 GMI tengok diorang berlakon depan mata.


kahwin dah dan ada anak sorang nama Maya.
lagu yg diorang nyanyi masa bercinta, Qis selalu nyayi untuk dodoikan anak dia tidur.


accident dan koma.
anuar kahwin lagi satu.
*dah start sedih-sedih ni.

Qis start sedar dari koma bila dengar maya nyanyi lagu sabah tu.
huhu..


part ni dah start meleleh sikit bila lepas Qis dapat tahu pasal Lara (lakonan  irma).

"mama tak pernah mintak kasih sayang suami dan anak mama berpindah pada orang lain..."
jammed.
aku menangis sedikit teresak-esak masa part Qis buat luahan kat anak dia, Maya.


"lepaskan Qis ya.."
*geram dengan anuar yg tak nak fight!
btw, lemah lah tengok lelaki menangis. T_T



Gila ahh emo pagi-pagi buta cam ni. hakhak!
Tabik kat watak anuar. Bestt!



sumber gambar: fanpage HDK

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Yang menarik