UPDATE

i'm not beautiful like you. i'm beautiful like me.
Ya Allah. If I am to fall in love, let me touch the heart of someone whose heart is attached to you.” Aameen

Search This Blog

Jan 23, 2012

sebak.. sayu.. sedih..

Salam..

Aku baru je balik dari program OPKIM, terus je update blog. Tak tahu nak cerita kat siapa, kat blog je yg aku dapat luahh.

Sepanjang aku berprogram, serius hati aku tak tenang. Allah.. Allah..

Hari ketiga (Ahad) aku di sana, aku dikejutkan dengan berita kemalangan seorang best buddy@best friend yg sangat aku sayangi, Muhamad Farhan Ismail aka Paan yg kini sedang dirawat di hospital Putrajaya dan masih belum sedarkan diri. Paan masih dalam keadaan kritikal di mana doktor tempatkan dia dalam wad ICU. Kini hanya doa dapat dipanjatkan moga dikuatkan dan dicekalkan semangat untuk melawan kesakitan yg dia alami. Moga Paan dan keluarga tabah menerima ujian ini..

To be honest, aku tak tahu macam mana kemalangan itu berlaku dan bagaimana gambaran sebenar keadaan Paan sekarang. Hanya abg Man (coach) kawan-kawan yg jadi orang tengah tolong aku update keadaan sebenar Paan sekarang.

Sekalian lagi, hati aku tak tenteram selagi tak pergi melawat dia..

Bila dapat tahu yg Paan kemalangan dan dimasukkankan ke unit kecemasan, ya Allah.. Luruh jantung aku. Terduduk dan teresak aku kejap. Macam-macam perkara yg tak elok terbayang dalam kepala aku bila abg Man beritahu keadaan dia masa dirawat.

ok lah.. Rasanya baik aku stop kat sini. Rasa sebak dah mula bertandang. InsyaAllah, soon aku dah pergi melawat dia, aku akan beritahu keadaan Paan macam mana.

Mohon doa kalian untuk kesembuhan, kesihatan Paan. Moga dia dipanjangkan umur juga.



Ya Allah, hamba-Mu memohon supaya kesihatan sahabat hamba ini segera pulih. Beliau adalah muslim yang baik. Sihatkanlah beliau segera, semoga beliau dapat meneruskan pengabdiannya kepada-Mu. Amin, ya Allah yang maha berkuasa menyembuhkan.

2 comments:

NuRuL ADiBaH said...

aku doakan shbt niza cpat sembuh.
bnyk2 sbar yea, niza.
kita doa same2.
=)

hana_aniz said...

thanks byk2 diba.. Allah.. aku rindu sgt kt dia..

Post a Comment

Popular Posts

Yang menarik