UPDATE

i'm not beautiful like you. i'm beautiful like me.
Ya Allah. If I am to fall in love, let me touch the heart of someone whose heart is attached to you.” Aameen

Search This Blog

Dec 18, 2011

hero tua Hollywood yg still HOT

Salam.

hoho.. Penat aku dok vote vote siapalah hero-hero tua tu. Banyak hero tua yg jadi pilihan aku. Tapi setelah disenarai pendekkan, ada 8 orang je yg tercalon. Ditapis-tapis lagi, naaaa. Tinggal 4 sahaja hero tua yg terpilih. Itu pun, pehh. Pening-pening aku nak tapiskan 4 orang hero tua tu.

Hero-hero tua aku tapis daripada segi umur (40-an dan ke atas) dan kekerapan muka diorang masuk panggung wayang.

ok. Presenting 4 orang hero tua Hollywood yg still lagi HOT.



Hugh Jackman
Ini aktor, manyakkk tough!!

pehh. Siapa yg tak kenal dengan pak cik hensem ni, memang tipu sangatlah kan?? Dia orang pertama yg masuk kategori hero tua tu. Lahir tahun 1968. Umur 43 tahun sekarang. So, tak ada lah tua sangat sebenarnya. Hugh paling muda yg tercalon dalam kategori hero tua aku ni. Hot kott

Asal je ada movie terbaru yg dia berlakon, memang aku tak akan tertinggallah wa cakap luu. Hero tua yg sentiasa buat hidung aku berdarah. HAHA.

Start aktif sebagai pelakon, tahun 1994. Movie dia paling hot untuk dia termasuk dalam senarai ni, Van Helsing dan Australia. weewittt~~



Robert Downey Jr.

Hero tua ni aku start kenal bila tengok cerita Iron Man dan Sherlock Holmes. Sebelum ni tak kenal pun. Lahir tahun 1965. So umur dia dah 46 tahun la kan? 

Nak kata hensem, dia tak hensem sangat pun. Tapi aku suka style lakonan dia. Macam cool je. haha. Kalau perasan, movie yg dia berlakon, karakter yg dia bawak semuanya macam ikut kepala sendiri. Kira cam ikut instinct la. 

Antara 4 hero tua ni, Robert adalah orang paling awal aktif dalam dunia artis-artis ni. Seawal tahun 1970. Bukan setakat aktor, tapi sebagai producer, penyanyi, penulis lirik dan penulis skrip. pehhh. Hebat kan?? 



Tom Cruise

Aku rasa, antara semua hero yg tercalon ni, dialah paling banyak mendapat hati di kalangan peminat-peminat perempuan. Betul tak? Aku? well.. Mestilah Hugh Jackman! Setia bro!

Hensem? Memang sangat hensem. Dan dia antara aktor yg banyak style rambut yg bergaya dan maintain hensem dari muda sampai ke tua. Muda-muda pun banyak berlakon action movies, tua dah ni pun still berlakon. Movie terbaru dia, Mission Impossible 4 : Ghost Protocol. Siapa yg belum tengok lagi, memang rugi!

Lahir tahun 1942. So umur dah mencecah 49. pehhh. Tua setahun dari mak aku je kot. Untunglaa~~ umur dah tua macam tu pun still boleh buat aksi stunt lagi.



Bruce Willis


Aku tahu, ramai yg tak sangka dia termasuk dalam top 4 hero tua aku ni. well, aku bukan hanya pandang pada segi rupa je ok. Tapi, dia hensem jugak walaupun dah botak. 

Aku suka giler dengan lakonan dia dalam semua koleksi movie Die Hard. Watak dia dalam cerita tu sangatlah aku suka. Very protective doh!! Memang bangga giler ah kalau dapat ayah macam dia. Aku lagi bangga dengan abah la kan. ngee~~

Paling tua antara semua. Lahir tahun 1955. So, umur dah 56 tahun. weee~~ wuu~~ Tahun depan, banyak gak movie yg dia akan berlakon. Caya lahh!!


.............................................

Itulah dia top 4 hero tua aku. Nak tahu siapa top 8 hero tua yg tercalon plak?? *means, 4 orang lagi


Ok. 2 orang calon ni hampir-hampir termasuk dalam top 4 aku. Tapi apakan daya, tak mampu pilih lebih-lebih. *sedangkan mampu je aku nak buat top 6. gedik Haniza nih.


Brendan Fraser

Pak cik Brendan yg sangat humor. hihihi. Start mula suka dia dalam cerita George of the Jungle. Popular sungguh dia dengan cawat dia. HAHA.

Suka suara dia. Tak tahu kenapa. Lahir tahun 1968. Umur dah 43 tahun. Aku paling suka watak dia dalam semua sequel The Mummy.

Kalau perasan, watak dia banyak kepada karakter yg berkaitan dengan sejarah. Tak pun, jenis yg ulat buku. kan kan? Ke aku je yg suka dia berlakon dalam cerita-cerita yg berkaitan dengan buku??



Patrick Dempsey

ohh mann!! Itu dia! haaa. Itu dia! Mr Mcsteamy!! 

Lahir tahun 1966. Umur 45 tahun dah. Percaya atau tak, part time dia adalah sebagai pemandu kereta lumba. Cayalah!! Dan percayalah lagi, dia pengidap disleksia waktu dia kecik lagi. pehhh. Hardly to believe! Bukan senang nak jadi aktor yg memerlukan banyak penghafalan skrip lebih-lebih lagi kalau ada disleksia. 

Faveret aktor untuk setiap movie yg dia berlakon. Kira cam can't take my eyes off you. ngaa~ Watak yg sangat romantik setiap kali dia berlakon. Suka style dia yg romantik dan pandangan mata dia yg redup. Tiap kali dia luah rasa sayang dalam setiap lakonan dia, aku pulak yg rasa cair. auwwww~ *gedikness sungguh!!

Dia banyak berlakon cerita yg melibatkan love story. Memang sangat sesuai. Walaupun Patrick tak setinggi dan se'tough' pak cik Hugh aku, tapi percayalah.. Dia memang ter-sangat-mampu buat aku berdarah hidung!! hahaha

.......

Ini 2 orang hero tua yg paling least-hot.


Brad Pitt

Naaa.. Populariti dia sama macam Tom Cruise. Ramai sangat peminatnya nih. Haih. 
Lahir tahun 1963. Umur dah 48 tahun. Masih kekal hot dari muda sampai la ke tua sekarang nih. 

Kenapa dia tak tercalon dalam top 4?
Dia dah kurang sangat berlakon. Sibuk sangat dengan si Jolie dia haa. Lagipun, setiap lakonan dia, tak mampu buat hidung aku berdarah lagi (metafora je ok.) Haha

Hard to believe? Believe it!




Johnny Depp

Lahir tahun 1963. Umur dah 48 tahun. Tua, tapi masih maintain macho.

Aku suka dengan watak dia yg gila-gila dalam setiap movie dia berlakon. Johnny memang sangat talented la. Tak perlu nak berlakon cerita aksi dan buat aksi stunt segala, dah mampu buat producer tercari-cari dia. Seperti Robert, dia hanya bukan sekadar pelakon, dia juga producer, director, penulis skrip dan musician.

Kenapa bukan top 4? Reason sama macam pak cik Brad.




 Hasil daripada pemerhatian aku, hero-hero Hollywood ni, lagi tua lagi HOT. Kebanyakan filem aksi-aksi dan epik, pelakon 40-an yg berlakon. Pelakon 20-an macam Zac Efron, Robert Pattinson.. Semuanya berlakon cerita love story. Ada juga berlakon cerita aksi, tapi tak banyak.


kan kan??


sekian, thank you!




source: Wikipedia semata.



p/s: entri ini hanya sekadar suka-suka.

3 comments:

NuRuL ADiBaH said...

aku suke beberapa org.
tp yg paling minat..
johnny depp!!!!
*pengsan*
hahaaa

Izz Faizah said...

wahh!! izz nak yg no. 3!! tom cruise..haha dia dah 49?? mcm tak cye je?? mke dye mcm 30 smething.. ha..lg stu, patrick dempsey tu mke dye mcm hrithik roshan la..ingtkan dye td..haha

p/s : hana_aniz, izz mntk maaf sbb privatekan blog bru tu. wktu tu tgh dlm construction. anyway, boleh msuk dah skang. :)

hana_aniz said...

cik diba: hahaha. pengsann?? kuat nye penangan uncle Johnny kt ko! haha ;P

izz: hahaha.. agk da ramai minat tom cruise. uncle patrick mcm hritik? oh no! haha. tp nasib baik 2-2 pun hensem gk.

Post a Comment

Popular Posts

Yang menarik