UPDATE

i'm not beautiful like you. i'm beautiful like me.
Ya Allah. If I am to fall in love, let me touch the heart of someone whose heart is attached to you.” Aameen

Search This Blog

Dec 30, 2011

Allah bayar 'cash'.

Salam.

Nak bagi berita gempak untuk korang.

"Motor aku hilang kena curi."

Terkejut? Terkejut kn? Aku pun terkejut. Tapi cool je. *cool la sangatt.

Baru semalam hilang coz kelmarin elok je aku rempit motor kebun abah aku tu.
Dan molek sangatlah.. Masa aku tak perasan lagi yg motor aku dah hilang, aku ada sok-sek sok-sek dengan member-member aku pasal member aku lagi sorang, motor dia kena curi gak.

Motor LC kalau kena curi, memang tak boleh nak cakap apa la kan. Motor 'wanted'.

Aku siap telefon member aku yg hilang motor. Yelah. Menyatakan condolences aku. huhu.. Ingat lagi pesanan dia kat aku,

"Kau jagalah motor baik-baik. Kita tak tahu apa jadi nanti..."

Tak sempat habis dia cakap, aku potong,

"Alaa.. Motor cabuk je. Orang pandang pun tak nak. Tak ada sape nak curi.."

Betapa yakin nya aku cakap macam tu sampaikan bila terfikir balik ni, macam riak pulak bunyinya...

Mana taknya, motor cabuk ayah aku tu dah berapa tahun pakai. Jenis honda ex5 tahun 1999. Siap bawak keluar-masuk ke kebun lagi tuh. Guna tongkat heavy duty lagi tu. (tongkat yg biasa ada pada motor yg angkut angkut gas dapur). Boleh bayang keadaan motor tu cm ne??

Cuma masa nak bawak ke ukm ni, ayah aku touch-up sikit. Tukar seat baru. Tukar ekzos dan enjin baru yang original..

erkk.

Bukan cabuk lagi lah kan? Memang nampak buruk. Tapi enjin tip top.

Allah bayar 'cash' ye kawan-kawan.

Memang sentap betullah. Elok je sembang dengan member aku petang semalam pasal motro dia tu. Tup! Malam tu kena setempek kat muka aku pulak.

Elok je pulak motor aku yg hilang..

Allah....

Tak boleh nak show-off motor tu kt dalam blog ni coz aku tak pernah tergerak hati pulak nak ambil gambar motor tu.

Report polis da dibuat. Petang kang nak pergi report kt wisma aman pulak.

Semalam cool je pasal motor hilang ni. Sekarang, entah macam mana aku runsing sangat. Macam mana aku nak siapkan tesis?? Macam mana nak pergi rumah haiwan tiap-tiap hari selama 2 minggu ni?

Allah..

Rasa macam dah hilang kaki sebelah. Tempang tanpa kehadiran kau.. wahai honda hijo.. :(

3 comments:

Farhan Ismail said...

insyaallah...ada hikmah sebalik kejadian...dah xde rezki.. myb lepas ni ko lebih menghargai sesuatu benda even benda cabok.. sbb bkn senang nak dpt.. n ada setiap memori yg tercalit disebalik brang2 kita ni..cewah!! ayat....hehe... semoga segala dipermudahkan dlm menyiapkan tesis~

hana_aniz said...

:(

Nj said...

sabor weh.
:)

ada hikmah insyaAllah.

Post a Comment

Popular Posts

Yang menarik