UPDATE

i'm not beautiful like you. i'm beautiful like me.
Ya Allah. If I am to fall in love, let me touch the heart of someone whose heart is attached to you.” Aameen

Search This Blog

Nov 19, 2011

belajar daripada erti kepayahan dan kerendahan hati.

Salam.

Tajuk macam grand je kan? hahaha..

Pagi tadi, lepas breakfast dengan kawan-kawan silat aku, aku terus merempit ke econsave.. Hajat hati nak pergi beli coolblog. Tapi, alang-alang dah sampai sana, aku beli barang keperluan sekali.

Seperti biasa, tiap kali aku datang econsave time tengah hari nak ke petang, mesti aku akan terjumpa sorang budak perempuan kecik umur lebih kurang 4,5 tahun. Comel dan mesra je budak kecik tu.

Mula-mula tegur, macam malu-malu je. Satu, dua pertanyaan.. Baru lah betul-betul dah mesra. Tersusun gigi dia yg putih tu bila senyum.

So, bila da agak kerap jumpa, aku lambai-lambai comel kat dia, dia pun lambai balik dengan tangan dia yang kecik tu. hikhik.

Sengih je aku tengok. Sweet.

Tahu kenapa aku selalu jumpa dia kat econsave tu?

Mestilah sebab aku suka pergi beli coolblog kt sana. hehe.

Tapi itu bukan sebab utama. Aku selalu terjumpa adik tu sebab dia teman mak ayah dia berniaga keropok lekor dan goreng pisang opposite econsave tu.

*terserempak pun sebab aku memang nak beli coolblog kt sana. lalala~~

Bagus aku tengok adik kecik tu. Mungkin sebab dia kecik lagi, so dia tak rasa apa. Tapi itulah pengalaman kehidupan yg dia dapat. Tahniah pada mak ayah dia yg ajar dia erti kesusahan dan kepayahan.

Budak-budak cepat belajar. Sistem perkembangan otak diorang berkali ganda lebih baik daripada orang dewasa. Bila adik kecik tu dah biasa susah, insyaAllah dia lebih tabah personalitinya.

Tak ada nak manja dan gedik-gedik sangat. Apa-apa hal, tak bergantung sangat pada orang lain. Usaha atas diri sendiri.

Kat area bangi dan kajang ramai orang yg agak berada aku perhatikan. Kereta nak besar-besar dan baru-baru je semuanya. Nombor plat pun start dari WV... pehh.

Kebetulan pulak aku jumpa pasangan suami isteri ni. Banyak barang keperluan yg diorang beli. Bila dah beli banyak sangat macam tu sampai senget-senget bahu, aku expect diorang datang naik kereta la. Tapi tak. Naik motor je. habis penuh bakul depan tu. Bertimbun sampai nak tutup muka si suami nak bawak motor. Si si isteri pulak, kendong bakul lagi satu, penuh barang-barang dalam tu. Memang sarat la waa cakap lu.

Pehh. Kagum kagum. Kalau orang tak biasa bersusah-susah macam tu, mesti rasa segan je nak bawak barang banyak-banyak naik motor.

Insaf. Insaf.

Even nak balik kampung, sanggup naik teksi sebab segan naik motor pegang beg besar yg tak besar sangat tu. Kan? kan?


Tahu sangat dah. Lagi-lagi kalau budak yg duduk asrama, mak ayah datang melawat naik motor je. Orang susah. Kereta buruk tak mampu nak drive jauh-jauh. Tengok kawan-kawan yg lain, mak ayahnya datang naik kereta. Kereta lawa-lawa pulak tu. Dia naik segan. Sampai sanggup lagi kalau mak ayahnya tak datang melawat. Konon memalukan dia.

emm.

Aku pernah rasa kepayahan macam tu. Itu yg dok ngomel-ngomel je pasal nih. Segan memang segan. Tapi bila memikirkan kepayahan yg ditanggung oleh ibu bapa kita, memang tak terbanding!! Kalau nak cakap kesusahan dan kepayahan yg di alami aku dulu, actually bukan aku, mak ayah aku.. Aku kecik lagi, tak rasa apa sangat. Bila dah besar ni, baru sedar.. Diorang lagilah rasa berkali-kali ganda.

Ucapan terima kasih dan bagi hadiah mahal-mahal pun, tak akan dapat kita bayar kesusahan dan kepayahan yg mak ayah kita alami. Sikit pun diorang tak mengeluh. Cukuplah dapat menggembirakan hati si anak-anak. *mode sebak

Itu wujudnya peribahasa,

berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian;
bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian

Itu konsep kehidupan yg kita kena genggam dan alami.


Aku tahu ramai juga ada mengalami kesusahan dan kepayahan lebih teruk daripada tu. Apa yg boleh aku cakap, bersabar dan bertabahlah. Ada hikmah di setiap kejadian. Allah taala itu adil dan penyayang. Ini semua rangkuman ketentuan Dia.


Kalau orang yg susah, macam kasi pagi makan  pagi, kais petang makan tu, bila rezeki dia perolehi lebih daripada kadar biasa, tak usah cakaplah macam mana rasa kesyukuran mereka. Memang boleh menangis air mata terharu kot.


Alhamdulillah, ilmu kehidupan itu yg menjadikan diri aku yg sekarang. Nak kata tabah, tak tabah sangatlah kan. Cuma, survival aku lagi ok dari orang lain kot??

tetttt.

Tak tahu. Tak tahu.






p/s: ayat motivasi bukan main panjang Haniza? so, bila nak rajin study nya nih??

credit to google for those pictures.

3 comments:

Mohd Herie Dahlan said...

kalau kite tak mampu nak tanggung susah, Dia takkan bagi susah... sebab Dia takkan pernah uji diluar kemampuan kite... and apa yang kite mampu tanggung, tak semestinya orang lain mampu tanggung... itu lah kelebihan kite... yang Dia bagi....

orang yang tak pernah susah takkan pernah tau rasa susah... bleh cakap je... tapi feel tu? takkan? kan?

:]

hana_aniz said...

btul2. cakap memg senang. tp feel diorg x de. n setiap kesusahan org tu berbeza. cuma how they cope with the problems je x sama.

hana_aniz said...

silap tulis. senang cerita, semua x sama

Post a Comment

Popular Posts

Yang menarik