UPDATE

i'm not beautiful like you. i'm beautiful like me.
Ya Allah. If I am to fall in love, let me touch the heart of someone whose heart is attached to you.” Aameen

Search This Blog

Dec 4, 2010

Taming Sari

Salam

Morning semua! Rise and shine!

Baru je lepas sesi training bersama abg Man (coach silat). Penat memang penat. Tapi sangat berbaloi. InsyaAllah. Aim untuk Taming Sari dah bertukar. Daripada rasa nak dapat medal emas dan kalahkan team regu UPSI, sekarang mahu dapatkan keris!! whooaaa.. Teruja aku bila abg Man cerita pasal keris tu. Betapa abg Man mengangkat warisan purba kita iaitu keris. Dan betapa beliau menghargai pesilat-pesilat yg merperjuangkan seni melayu kita.

Buat makluman semua, kelab Pencak Silat UKM akan menganjurkan Kejohanan Pencak Silat Terbuka IPT dan Jemputan Antarabangsa Taming Sari III UKM 2011. haaa.. Panjang tak namanya? huhu. Makluman lanjut leh dapat kat [sini]


Apa beza kejohanan pencak silat Taming Sari UKM berbanding kejohanan yg dianjurkan oleh mana-mana IPT atau pertubuhan silat yg lain??

Nama kejohanan ini iaitu Taming Sari diberi nama oleh salah seorang pelajar UKM sendiri, malah dia juga atlet silat. Sekarang dah habis belajar da. Pernah mewakili Malaysia dalam Sukan Universiti Asia semasa di Vietnam. Kalau ikut salasilah kewujudan taming sari itu sendiri, sebenarnya taming sari bukanlah kepunyaan orang Melayu. Taming sari sebenarnya nama seorang pendekar jawa. Aku tak nak cerita, korang leh rujuk sendiri kat [sini].

So, bila sebut kejohanan Taming Sari, semua dak silat yg pernah join kejohanan ni tahu. Ooo.. UKM. hehe

Bagi menjayakan kejohanan ini, nak bagi lagi meriah, lagi grand, aku ditugaskan untuk mendapatkan keris Taming Sari untuk bahan pameran semasa kejohanan. Tapi, nasib tak menyebelahi. Telefon sana, telefon sini, siap telefon kurator muzium Azlan Shah untuk minta kebenaran. mmm.. Too bad. Keris asal yg ada pada Sultan Perak tu, tidak boleh dipinjam. Memang Sultan Perak tak bagi sesiapa pun pinjam. Even pihak muzium sendiri yg mohon kebenaran untuk buat replika keris Taming Sari tu. Valuable giler kan? huu.. So, bincang dengan MT lain, kitorang juz wat pameran koleksi keris yg lain je. Tak pe la. At least nampak imej keris tu.

keris taming sari yg tiada alur


Then, keistimewaan kejohanan ini lagi, kami ada anugerahkan gelaran 'Pesilat Terbaik' dan 'Pesilat Harapan'. Mungkin masa Kejohanan Silat Wanita Terbuka Kebangsaan hari tu pun ada anugerah yg sama, tapi diorang bagi duit. RM200 kot. Tapi, kejohanan Taming Sari yg kami anjurkan, kami anugerahkan keris yg harga jauh lebih tinggi berkali ganda dari RM200. Setengah orang mungkin lebih nak duit, tapi bagi aku, warisan macam tu bukan senang nak dapat. Lagi pula, 2 keris ini kami tempa khas untuk kejohanan ini. ok, fokus pada perkataan yg diboldkan dan dibesarkan tu ye?? Cara penempaan keris ada di [sini] dan di [sini]

keris melayu yg ada alur


Gelaran-gelaran ini khas hanya untuk kategori IPT sahaja. So, kawan-kawan silatku, mari berusaha!

Siapa nak?? Aku nak! Keris itu ditempa dengan begitu sempurna dan insyaAllah dari elemen yg elok. Bukan besi, tapi tembaga. Aku nak ceritakan lebih lanjut kat sini. Tapi coach aku tak bagi cerita. Bukan apa, nanti tak surprise. Lagipun, abg Man nak jaga keistimewaan keris-keris tu. Jangan risau, tiada jampi serapah yg dikenakan. Mengarut je semua tu. Keris tu siap dimandikan tau. haa

Kejohanan ini juga, kami ada sediakan hadiah wang tunai untuk pasukan juara keseluruhan baik kategori IPT dan Jemputan. So, jangan complaint harga penyertaan kejohanan kitorang mahal. Mahal-mahal pun, untuk pesilat juga. Semua duit itu dicover dengan hadiah wang tunai, trofi, keris dan medal segala. The best we give. InsyaAllah..



huu.. Teruja tak?? Aku teruja giler weh!!

2 comments:

cleo (クレオ) said...

gudluck niza, go for d keris!!!

abeyoe23 said...

alhamdulillah..taming sari 4 da melabuhkan tirai dengan Nurhaniza Nordin dinobatkan sebagai PESILAT HARAPAN..congrates!! :)

Post a Comment

Popular Posts

Yang menarik