UPDATE

i'm not beautiful like you. i'm beautiful like me.
Ya Allah. If I am to fall in love, let me touch the heart of someone whose heart is attached to you.” Aameen

Search This Blog

Dec 21, 2010

slot: hati oh hati

Salam.



Bertemu kita buat pertama kalinya dalam slot 'hati oh hati'. Bersama anda hos yg ceria lagi comel, Nurhaniza Nordin atau nama popular di dunia blog nya, hana_aniz.

Hari ini topik yg akan kita bincangkan sudah pasti akan membuka mata para pembaca serta moga-moga topik pada slot kali ini akan membuat suatu anjakan paradigma dalam kehidupan kita semua.

Pelbagai persoalan yg bakal diajukan nanti sedikit sebanyak, saya percaya akan membuka ruang dan peluang untuk minda para pembaca menelusuri kealpaan anda dalam melewati jawapan pada persoalan yg terwujud.

Para pembaca sekalian,
Topik yg semestinya menghangatkan lagi slot kita pada hari ini tidak lain tidak bukan ialah, 'jantung bukan hati dan hati bukan jantung'.

wah. wah. wah. Apa kaitan jantung dengan hati? Semestinya ada tetapi, hati dan jantung adalah 2 organ yg berbeza malah fungsi juga berbeza. mmm.. Saya sendiri tertanya-tanya akan perbandingan jantung dengan hati. Baiklah. Persoalan pertama saya ingin ajukan pada para pembaca sekalian.

Antara hati dan jantung, yg manakah memegang kuasa perasaan?

Jawapan yg mudah bakal diberikan para pembaca dan sudah tentu saya boleh mengagak jawapan yg akan anda berikan. Mmm.. Jawapannya?

Yakin, hati!

Ya. Itu juga jawapan yg akan saya berikan. Namun, disini ada terwujud kelewatan dan ketelusuran kita mengenai fungsi hati yg sebenar. Justeru mengapa saya mengaitkan jantung pada persoalan ini?

Definisi jantung dan hati iaitu heart and liver menggambarkan seolah-olah heart adalah terjemahan kepada perkataan hati. Sepertimana yg selalu kita sebutkan, "you are always in my heart".

Apa yg kita maksudkan dengan ayat "you are always in my heart'? "Awak sentiasa berada di dalam hati saya"?. Takrifan 'hati' dan 'heart' yg digambarkan sebenarnya salah. Andai dilihat pada skema ayat yang sebanar, "Awak sentiasa berada di dalam jantung saya". Hati dalam bahasa Inggeris dan secara biologinya ialah liver. Ia bukan?? Justikafinya jelas. Akan tetapi, definisinya tidak mampu memberi maksud yg sama

Nampak kepincangan bahasa yg kita gunakan?
Apakah bahasa boleh menggambarkan maksud yg sebenar walaupun ada kepincangannya?
Jika ditanya pada saya, jawapannya ya.

Para pembaca sekalian,
Cumanya, apakah hati memegang kuasa perasaan yg sebenar? Secara sasteranya adalah ya. Namun, secara biologikalnya tidak. Tetapi lihat pula pada jantung. Secara sasteranya adalah tidak manakala secara biologikalnya ya.



Kenapa saya memberi jawapan sebegitu??

Haa.. Itu persoalan yg akan saya tinggalkan disini pada slot kali ini. Nantikan jawapannya pada slot yg akan datang. Sambil itu, sila buat brainstorming ya?? Saya juga mahukan jawapan dan kefahaman dari para pembaca.

Mohon berikan respon untuk slot kali ini. Tinggalkan nama samaran dan jawapan serta pandangan anda pada ruangan 'post a comment' di bawah. *tak paksa. kalau malas, tak payah.





p/s: hahaha. Bongek.  Tetiba je. Jangan layan. Aku merepek meraban kejap. Kalau nak layan pun, aku lagi suka. Ngaa~~

3 comments:

Anonymous said...

ak pening @_@
~lilix

Pejalan Kaki said...

hati n jantung...hua3
hati tu hati la...jantung tu jantung la...ngeh3

ntah la cik hana_aziz
agak hangat topik cik hana_aziz tu yer..
sy sbagai follower tegar pon agak dikelirukan oleh kekeliruan bhsa yg tercipta..muahaha~
(biasa la bila xtido mlm..gini la jadinya)..

so..meh kita pakat2 layan topik kali ni yer..

pada pendapat sy..(AICEHH!!!..hua3 =D)
"you are always in my heart''?
utk culture mat2 saleh yg putih(kononnyer) diorg maksudnya jantung yer cik hana_aziz..
hua3..kinapa begitu?sobabnyer...they always use the term heart which is corresponding to the usage of heart beating n breathing..which makes they think that 'heart is the main engine in life'..hence..when they said that 'u r always in my heart'..that means..u r the one who powers the engine(mcm minyak hitam la) to run n rise everyday...(kot)'

so..bila 'minyak hitam' tu da xde..enjin akan rosak hanya dengan minyak Petronas or minyak Shell shj..hua3..enjin tu da x ckup power...

maka,mnusia yg putus cinta akan jadi mcm mayat hidup..sbb..enjin da xkuat nk jalan..darah pon xdipam dengan spenuhnya ke sluruh bdan...sbb tu la mnusia mcm tu akn nmpak letih n tidak bermaya n malah slalunya akan gagal mengawal emosi...(info: fikiran yg negative mengalirkan cas2 negative ke sluruh bdan dan mnyebabkan bdan tidak bfungsi dgn kadar yg optimum..fakta ini adalah berdasarkan kajian...)

adoi..panjang lebar la plak ak mngomel kt cni..niway,cuma nk bgtaw, for english culture, they didnt address the heart as ''HATI'' but "JANTUNG" yer pembaca sekalian..(rsanya la...)..=p

sekian saja respon sy..hingga kita berjumpa lg di blog cik hana_aziz ni yer..=))

cleo said...

xdpt nk pkir..otal tgh krem masa bca ni..igt kot nk santai2 ja..haha

Post a Comment

Popular Posts

Yang menarik