UPDATE

i'm not beautiful like you. i'm beautiful like me.
Ya Allah. If I am to fall in love, let me touch the heart of someone whose heart is attached to you.” Aameen

Search This Blog

Nov 7, 2010

senang-lenang

Salam.

Adehh.. Exam tak habis lagi. 3 paper masih menunggu untuk dijawab. Tapi, gaya aku macam dah habis exam. Relax je. Tak study pun. Kalau study pun, tak berapa nak fokus sangat. Serius, behaviour aku untuk sem ni sangat teruk.

Sejak masuk dunia kampus, cara belajar aku totally berpusing 360 darjah. Sem 1 masa tahun 1 je boleh tahan lagi. huh.

Kalau dulu, waktu study aku sebelum masuk subuh (kul 4 dah bangun) sampai la pukul 12. Lepas tu tidur sekejap sampai azan zohor. Then solat, sambung semula belajar. Petang lepas asar, beriadah. haa.. Time subuh tu tak payah pakai alarm sangat. Alert je telinga aku dengar azan subuh. Pastu rajin baca al-mathurat pas solat subuh. Daripada MRSM sampai la ke matriks dan bertahan untuk 1 sem masa tahun 1. Mengaji pas solat maghrib pun aku amalkan dulu. Sekarang ni?? hmm! Bangun subuh paling liat sekali. Kadang-kadang waktu solat tu sampai nak habis waktu baru la terjaga. Betapa teruknya kan? huu~ =( Mengaji pun dah kurang. Kalau rasa iman hari tu lebih sedikit, alhamdulillah aku mengaji.

Wehh!! Aku benci dengan keadaan aku sekarang! benci. benci. benci!

huh.

Ok. Memandangkan sistem pembelajaran aku dah berubah, tiba masanya buat sedikit modifikasi. Sekarang, nak maintain berjaga lepas solat subuh, teramat sangatlah susah. Nak study pun teramat sangatlah malas. So, satu cara aje yg aku buat sekarang. Tak tidur malam. Study sampai pagi, bila matahari dah muncul sikit around kul 8, baru aku tidur. Then, bangun semula bila masuk waktu. zohor. Sekarang sedang cuba memaksa dan merajinkan diri untuk baca al-mathurat lepas subuh dan mengaji lepas maghrib. huu~

study + tidur = ??


Sumpah, cara yg aku buat sekarang ni berbeza sungguh dengan prinsip belajar aku dulu - jangan study lewat malam! huh. Tapi, kena paksakan diri juga. Nak tak nak memang kena buat. Kalau tak buat, bersedialah untuk aku menyesal seumur hidup. Macam insomnia pun ada coz tak tidur malam ni. Pagi pulak, tidur sekejap je. Tapi itulah hakikatnya. Aku boleh berjaga dengan baik waktu malam berbanding study waktu siang yg tersengguk-sengguk. hmm..

Kepada kawan-kawan, jangan tiru gaya ini. Prinsip belajar ini sangat tak sihat. Sebab apa? Kalau nak awet muda, kena tidur awal malam, dan bangun pagi awal. Tidur mesti mahu kena cukup. Maksudnya, straight tidur 6-7 jam. Bukannya ada gap, Tidur 3 jam, pastu bangun makan or wat kerja sikit then sambung semula tidur 3-4 jam. haa.. itu salah!

Tapi, kalau dah memang ada buat gaya study macam ni, terpulanglah. Itu semua cara tersendiri. Siapa yg ada masalah insomnia - tak boleh tidur, baik rawat cepat-cepat.





Jom kita tidur. huu~

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Yang menarik