UPDATE

i'm not beautiful like you. i'm beautiful like me.
Ya Allah. If I am to fall in love, let me touch the heart of someone whose heart is attached to you.” Aameen

Search This Blog

Nov 16, 2010

sangat puas.

Salam.

Hari ni sangat puas berjalan. Muahahaha.

Pagi, macam biasa lepak baca novel before keluar.
Tengahari, dalam pukul 12.15 cam tu, aku keluar dengan membe aku. Makan kat secret recipe. Aku belanja dia kek chocolate indulgence sempena birthday dia yg dah lewat beberapa hari.  hihihi. Sorry lah, baru nak sambut. huhu. Then, singgah solat jap dan usai zohor, terus bergerak ke cinema tengok Megamind.


Serius, sangat kelakar cerita tu. Ada gak part sedih. Wuu~ Tapi, overall memang baik. Memang tak kering gusi la kitorang dalam cinema tadi. hakhak.

Selesai tengok megamind, jalan-jalan jap. Masing-masing nak beli barang. Dia beli pembersih
muka L'oreal. haha. sori termention la plak. Dan aku beli senaskah novel. hoho. Dalam keadaan poket 'kering' ni, aku still lagi tak dapat nak berjimatcermat. adehh..

Dalam kul 4 lebih tu, aku dengan dia dah bergerak pulang. Agak penat. So, aku lepak-lepak atas sofa je bila dah balik tu. (lepas solat asar la sekali).

Malam tu, aku ikut along aku pergi kondo kawan dia. hehe. Part ni yg best! Aku berubah jadi gadis metropolitan malam tu. hikhik. Berjaya mengeluarkan peluh di sauna selama 20 minit. Then lari kejap pergi gim n swimming. Nest, masuk stim pula. Fuh! Cuba bertahan 20 minit. Adehh.. Peluhnya macam aku berendam dalam air! Tapi tak sebanyak dalam sauna la. Sauna tu betul-betul menguji mental dan fizikal aku. Sanggup lagi aku traning dengan Cikgu Along (jurulatih silat seni aku) daripada aku bersauna. huhu. Selesai stim, pergi gim balik. Dapat la slow jog 10 minit. hikhik. Then, kena halau dengan mak cik yg jaga sauna,stim n gim tu. Yela. Dah sampai pukul 10 lebih kitorang lepak situ. Rupa macam tak nak balik!

Sangat rasa tak puas swimming. Tapi tak boleh nak masuk coz akak yg jaga bahagian situ tak balik lagi. Dia tak bagi mandi coz dah malam. So, aku, along n membe dia duduk rehat rehat jap kat kerusi malas. Tengok je akak tu pasang penghadang kat pool. Konon nak tunjuk yg tak boleh masuk la tu. Blah je akak tu, aku dan along..Dengan selamba nye.. debushhh!! Terjun dlm pool. muahahaha! Nakal tak nakal?? Sampai terasa penat n sejuk sampai ke tulang hitam, baru la naik. hehe.

Dalam jam 11.30, baru la kami gerak balik rumah. Tapi singgah jap McD beli mcflurry oreo n cornetto sundae coklat. Layann

ok, sekarang dah penat. Apa apa pun, hari ni memang sangat puas. huu.
ok, Jom! Mari kita tidur! Selamat malam semua. Moga mimpi yg indah-indah. Salam. =)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Yang menarik