UPDATE

i'm not beautiful like you. i'm beautiful like me.
Ya Allah. If I am to fall in love, let me touch the heart of someone whose heart is attached to you.” Aameen

Search This Blog

Nov 16, 2010

sangat puas 2

Salam.

Semalam aku jadi gadis metropolitan. Hari ni aku jadi gadis kampung. hoho

Satu hari yg agak penat membantu opah (mak kepada mak aku) aku bersih n cuci buluh, gulung daun pisang masuk dalam buluh, then masukkan beras pulut beserta santan dalam buluh. Kemudian, bakar!! huu~

Nampak memang senang. (tapi, agaklah. memang senang sikit pun. hehe) Ada 34 batang semua diproses. huu~ Banyakkan?? Tu pun sebab ada orang ramai order. Tu yg opah aku buat banyak tu. Terasa  macam raya!

Ramai cakap, suasana raya sekarang tak macam dulu. Betul tak?? Aku pun ada sedikit sokong dengan kenyataan tu. Tapi, bila fikir semula. Mood raya tu, takkan wujud kalau kita tak wujudkan. See what I mean?? No??

Orang ramai asyik complaint tak semangat nak raya. mmm.. Lagi-lagi yg masih belajar. Tak termasuk student oversea. Aku rasa sambutan raya student oversea lagi meriah agaknya dari student universiti local ni.Yelahh... Diorang jauh di perantauan. Semangat, kenangan raya tu sentiasa ada. Tapi kita?? Ada yg sampai tak balik raya haji ni. Alasan semata buzy belajar tak pun kerja. Kalau yg jauh sabah sarawak tu tak apa lah kan. Ini yg belajar kat ibu kota. Kalau setakat 2 jam dari rumah, takkan tak nak balik kot? mmmm... Itu, no komen. Hak masing-masing. Pandai-pandai lah nak fikir.

Sambutan raya itu lagi bermakna kalau semua sanak-saudara kumpul ramai-ramai. Baru terasa meriah. Dapat pula macam family sebelah mak aku. Tak pernah aku tak rasa suasana raya bila balik umah opah. Bakar lemang, buat tapai dengan kuih raya, wajib ada. Kami saudara-mara semua sepakat buat. haa. Pelita wajib pasang 10 hari before raya puasa. Seronok tak? Seronok!

Tadi pula, tengok ayah co (abang kepada mak aku, anak sulung dalam family mak aku) sembelih 2 ekor ayam kampung untuk dimasak rendang.

Piece by piece, memori raya tu tercantum. At least, aku ada kenangan raya yg seronok tu. Aku nak tanya, korang ada? Mesti ada kan? Masing-masing mesti ada punya. Beza nya, mungkin ada yg sedih dan ada yg gembira.

Pada sesiapa yg tak dapat sambut raya bersama keluarga tercinta atas sebab-sebab tertentu (meninggal, jauh di perantauan or sewaktu dengannya), jangan bersedih. huu.. Meh datang beraya dengan aku. =) ngee~

Siapa berjaya puasa hari arafah?? Wahh. Anda hebat!! Wuu~ Aku tak berjaya puasa coz terlupa. wuu wuu wuuu~~~ Sangat sedih!

So, dikesempatan ini.. Aku dan suami, eh! keluarga, mengucapkan SALAM AIDILADHA. Maaf zahir dan batin. hehehe.

mmmoooo~~~~~~~~~~`

4 comments:

cleo said...

suami KONON niza!! hahaha

pape pown tahniah cuz masih ada kenangan yg sgt best tu..tringin nak rasa..huhu

wishing u a very selamat hari raya to you..huhu

hana_aniz said...

hakhak.

huu.. nape??

wishing u a very selamat hari raya too. =)

cleo (クレオ) said...

well, x pernah ad pglmn raya cmtu..hehe

Hans asaktor said...

mm...btul tu...aku pn x penah pngalaman raya cmtu... nnti aku buat bila kawin nnti...lalala~~
slmt hari raya~~
sorry lmbt wish..

Post a Comment

Popular Posts

Yang menarik