UPDATE

i'm not beautiful like you. i'm beautiful like me.
Ya Allah. If I am to fall in love, let me touch the heart of someone whose heart is attached to you.” Aameen

Search This Blog

Nov 27, 2010

nikmat sihat.

Salam.

Long time no see. huu~ Aku sekarang ada kat Melaka. Ada sukan wanita. Aku join ke? Entah. hahaha. Nanti aku cerita bila ada masa nye. InsyaAllah. Sekali gambar aku upload kan.

Hari ni aku teman kawan-kawan aku pergi Poliklinik Komuniti Melaka. Teman diorang pergi jumpa doktor. As usual, sebagai peneman, aku duduk di tempat menunggu. Yela, takkan nak masuk jumpa dokktor sekali kan. Bukan nye sakit pun.

Tunggu dan tunggu. Sambil tu aku tengok-tengok orang yg ada dekat poliklinik tu. Memang hobi. Aku suka perhati orang. Cara pakaian. Cara jalan. Perwatakan luaran mereka. Most of all, their behaviors. Percaya atau tidak, sedikit sebanyak kita boleh tahu personaliti seseorang individu itu.

Dalam keadaan memerhati tu. Aku boleh bezakan beberapa kelompok manusia yg datang. Ada yg tua, dewasa, remaja, kanak-kanak dan bayi. hahaha. Mestilah berbeza peringkat umur kan? Takkan orang tua je yg kena pergi hospital. Haniza bongek. haha.

Tapi, memang ramai yg tua la. Ada yg muda gak. Siap bersorong kerusi roda lagi. Ada yg kena pimpin. huu~ Dalam hati rasa sangat kesian. Betapa pentingnya nikmat sihat itu.. Betapa kita harus mensyukurinya.

Arakian, saat ini, aku berasa sangat bersyukur. Bersyukur atas nikmat sihat yg Allah kurniakan. Itulah antara 5 perkara sebelum 5 perkara. Ingat lagi tak kawan-kawan?

Muda sebelum Tua
Sihat sebelum Sakit
Kaya sebelum Miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati

Kalau boleh, aku tak nak end up usia tua aku
berada atas kerusi roda. 
Terlantar atas katil. 
Makan bersuap. 
Jalan bertongkat. 
Ingatan berkurang.
Tutur kata berterabur.

Tapi siapa aku untuk berkata tak nak pada ketentuanNYA? huu~  Apa yg mampu aku lakukan.. Bukan aku sahaja. Kita semua mampu lakukan.. ialah to stay healthy during our golden years. Amalkan gaya hidup yg sihat. Yg penting, jaga makan dan beriadah.
huu~~
Penting bagi aku untuk lihat perkembangan keluarga aku sendiri. Adik-beradik aku, even bakal keluarga aku sendiri. 
Bila sihat, ibadah kita pun terjaga. InsyaAllah. Nak berlari dari Safa ke Marwah pun, insyaAllah mampu. Mudah-mudahan impian untuk mengerjakan haji dengan sempurna berjalan lancar. Amin.. Itu pentingnya sihat! haa





ok kawan-kawan, jom pergi jog esok!! hahaha

2 comments:

cleo (クレオ) said...

btul niza..yg tu kalo sihat fizikal..nak sihat mental, ust2 pesan hafal Quran (surah2 lazim pn okay je,asal ada hafalan tu)..paling kurang pn x tgal lam sehari bca Quran tu, insya-Allah mental n otak kita jauh dari "pnyakit tua" =)

hana_aniz said...

thanks jijah! insyaAllah. :)

Post a Comment

Popular Posts

Yang menarik