UPDATE

i'm not beautiful like you. i'm beautiful like me.
Ya Allah. If I am to fall in love, let me touch the heart of someone whose heart is attached to you.” Aameen

Search This Blog

Nov 2, 2010

Jalan-jalan dengan abah.

Salam.

Kecelaruan semakin menghimpit-himpit jiwa dan fikiran aku sekarang. Pasal exam? Tidak. Mungkin ada sikit. Tapi lebih kepada yg lain. Even sebenarnya aku rasa, aku tak patut lagi memikirkan hal ini dalam masa terdekat ini. Mmm..

Abaikan tu dulu. ayat intro macam bagus. hahaha..

Hari ini abah datang. huu. Alhamdulilah! Macam tahu tahu je yg aku dah sengkek sekarang ni. hehe.

Habis je exam pagi tadi, aku pergi pusat sukan bereskan kerja. Dapat buat sikit je memandangkan mesin fax tu lembab dan orang yg aku call tak nak angkat telefon! huh. Tak mengapa. Biarkan.

Tengah hari tu, keluar makan dengan Dayu (coursemate) dan abah. Pergi makan dekat sebelah kedai Azura seksyen 1. Kenyang, hantar Dayu balik kolej. Kemudian, pergi masjid. Selesai, aku buat gaya sedih minta abah belikan barang-barang keperluan. hehe.. Berjaya!! Jimat duit. Terima kasih abah!

Atas tiket terima kasih pada abah yg berhati mulia, aku pun jadi anak mithali hari ini. Teman abah pergi angkasapuri. Btw, abah datang KL sebab bawa finalis Juara Negeri Perak Bintang Klasik untuk ke peringkat kebangsaan yg akan diadakan di auditorium P.Ramlee. (kalau tak silap aku la.) Sepanjang menemani abah, abah cerita pasal kehidupan dia semasa usia muda. Pergi kerja jalan kaki dari asrama ke angkasapuri. Habis kerja, buka gerai depan klinik segara, Bangsar. Malam, tidur dekat ruang tempat orang lalu-lalang di konti RTM. Waktu itu, umur abah baru 20 tahun. Sama umur dengan aku sekarang. Betapa berdikarinya abah. Sungguh, aku kagum. Hanya dengan sijil SPM, abah sekarang berjaya menjadi Juruhebah di Perak FM. Mungkin rezeki abah lagi murah kalau abah terus kerja di Angkasapuri. Tapi, bak kata abah,

"Rezeki tu ada dimana-mana. Dan rezeki abah ada di Perak. Berjaya besarkan anak-anak, kehidupan stabil dan..." (aku tak ingat dah. hahahaha.)

Then, teman abah pergi cari hotel untuk menginap. Cari punya cari, abah decide duduk kat hotel bajet je. Even kalau tidur di hotel mahal pun tak apa coz boleh claim nanti, abah tetap tak nak. Mungkin sebab abah seorang, tu yg dia tak kisah sangat kot.

Malam tu, masa nak balik, ajak abah pergi makan McD. hahaha.. Memang tak kena langsung dengan selera abah. Tapi, tetap menurut juga sebabkan anak kesayangan dia yg beriya nak pergi. hehe..

Sampai kolej, aku cium tangan abah. Dan hadiah ciuman di kedua belah pipi, satu di dahi daripada abah, cukup buat aku rasa sayat. Kenapa perlu rasa sayat? Biar aku seorang je tahu. huu~

Sangat rindu pada mak! isk. isk.


Jap. Apa kaitan entri ni dengan intro di atas? hahaha. Ada kaitan. Tapi tak nak cerita lagi. Tunggu bila aku dah buat keputusan, aku akan share di sini.

Keputusan untuk diri aku, hati aku. Dan tak keterlaluan kalau aku kata, keputusan yg mungkin mengubah sedikit masa depan aku, perancangan aku. Mudah-mudahan keputusan yg aku buat ini adalah yg terbaik untuk kehidupan aku yg akan datang. Sungguh, berat aku nak nyatakan. Kalau boleh aku tak nak ubah keputusan tu. Tapi, entahlah. Mungkin keadaan yg mendesak. *haniza mula masuk mood yg entah apa-apa

Kalau aku buat dalam bentuk cerita pendek ok tak? Macam aku buat cerita 'selamat tinggal pujaanku, selamat tinggal cintaku'? Atau taip seperti karangan biasa je? mmmm..

Mira, Along dan Aku


Raya 2010 - Family potrait. Love this pic a lot! =D
   

3 comments:

cleo (クレオ) said...

=)

sgt masuk ngan muzik ni..huhu..
ap2 pn niza, buatlah keputusan yg terbaik ye =)

almuary89 said...

hemmmm..sangat berdikari nye..kita pun umur 20 tahun masih lagi bergantung harap kat mak ayah kan...x pe..kita semua boleh balas jasa2 mereka pada masa akan datang..aminn

hana_aniz said...

cik cleo: huu.. saje pilih lagu ni biar kena dgn mood entri. hehe. thanks jijah! pasti akn pilih yg terbaik.

almuary: sgt berdikai. tanpa iringan mak ayah pn. huu.. insyaAllah.. pasti akan balas jasa mereka. moga Allah permudahkan

Post a Comment

Popular Posts

Yang menarik